Mira Filzah Kongsi Wajah Penuh Anak Sulungnya, Sekαli Ini Yαng Jαdi Buαlαn Rαmαi

Selepas hampir 5 bulan, pelakon dan pengacara popular terkenal, Mira Filzah hari ini mendedahkan wajah penuh cahaya mata sulungnya, Wan Khai Amir untuk tatapan para peminat.

Wajah anaknya itu dikongsi melalui Instagram rasminya, seperti dibawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah)


“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Papa dan mama dan semua mendoakan moga @wankhairamir menjadi anak yang soleh, dan insan yang berbakti kepada agama, bangsa, dan tanah air.

“Papa dan mama sayang Wan Khair Amir hingga ke ak’hir waktu,” ujar Mira Filzah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by WAN EMIR ASTAR (@wanemirastar)

Manakala, tinjauan di ruangan komen mendapati, para artis dan peminat memberikan respons positif dan mendoakan buat Mira sekeluarga.

“Sekali tengok macam muka umar pun ade..Aminn amin doa pada anaknsolleh mira n husband”

“Comeynya sebijik muka abang umar dia”

Untuk pengetahuan umum, Mira dan Emir bernikah pada 3 September dua tahun lepas di Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Kehidupan mereka diserikan dengan kehadiran putera sulung yang dilahirkan pada 10 Mei lalu.

Sumber:

[1] Rujukan, Kosmo dan IG Mira Filzah

Leave a Reply

Your email address will not be published.