
Umum mengetahui pengarah muda Syamsul Yusof telah mendirikan rumah tangga bersama pelakon wanita Puteri Sarah Liyana pada tahun 2014.
Hasil perkahwinan mereka berdua dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikul Islam dan Sumaiyyah, namun kini dua anaknya tinggal bersama Puteri Sarah.
Jarang memuat naik foto atau video meluangkan masa bersama anak-anak, segilintir warganet membuat pelbagai andaian.
View this post on Instagram
Namun begitu, perkongsian terbaru Syamsul sedikit sebanyak melegakan hati para peminat yang sentiasa mendoakan kebahagiaan rumah tangga mereka berdua.
Menerusi perkongsian Syamsul di laman Instagramnya, dimana dapat lihat kegembiraan di wajah kedua anak-anaknya.
“Love of my life,” kapsyen Syamsul.
View this post on Instagram
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa syukur melihat Syamsul bersama dua anaknya.
Copy paste semua
Seronok Sumayyah
SO MANJAAAA U ALLS
Sekadar info dan semoga bermanfaat.
Sumber:
[1] Gambar, syamsulyusoffilm, puterisarahliyana