Ameera Khan Bakal Kahwin?

Di antara adik-beradik selebriti Neelofa, Ameera Khan atau lebih dikenali dengan nama Little Miss Khan antara yang paling popular. Boleh dikatakan Ameera sering menjadi per.ha.tian di media sosial biarpun bu.kan seorang selebriti.

Baru-baru ini, Ameera ada menjawab beberapa soalan di Insta Story daripada pengikutnya yang bertanyakan adakah dia akan berkahwin.

Menjawab soalan tersebut, Ameera berkata dia merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan.

Bagaimanapun, dalam satu perkongsian lain, Ameera berkata dia masih belum ada calon suami namun sudah merancang tarikh perkahwinan yang bakal dilangsungkan.

Sementara itu, dalam satu entri dikongsikan Ameera berkongsikan nasihat paling baik diberikan oleh Neelofa kepadanya iaitu jangan biarkan lelaki me.nen.tukan segalanya atau meng.ha.lang.nya daripada melakukan apa yang disukai.

Sumber:

[1] Rujukan dan gambar 1, Rotikaya

[2] Gambar 2, MyMU

[3] Gambar 3, Beautiful Nara

[4] Gambar utama, Rotikaya dan MyMU

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *