“Papa saya dah tutup αurat” Iwan Menzahirkan Rasa Syukur Apabila Aprena & Oktovia Manrose Tαmpil Dengan Imej Berhijαb

Bapa kepada pelakon Aprena dan Oktovia Manrose iaitu penyanyi dangdut Iwan Syahman meluahkan rasa syukur dua anak perempuannya itu kini sudah berhijab.

Tidak pernah me.mak.sa dua anaknya itu untuk berhijab, Iwan berkata dia hanya terus menasihati mereka agar berubah ke arah lebih baik.

“Saya selalu jumpa anak-anak saya tarbiah. Saya kata ini rezeki kamu, kamu kena fikir bahawa rezeki ini jangan berterusan kamu kena berubah.

“Bila dua orang anak saya Aprena dan Oktovia bagitahu, papa saya dah tutup aurat. Alhamdulillah bagus. Tapi untuk mengubah mereka bukan saya tapi Allah. Saya sebagai bapa hanya nasihatkan mereka untuk berubah,” katanya.

Meskipun sudah berkahwin dan mempunyai keluarga lain, Iwan berkata dia tidak pernah me.mu.tus.kan hubungan dengan anak-anaknya.

“Saya tidak akan putμskan hubungan dengan mereka. Saya hanya berdoa kepada Allah. Macam Oktovia ada minta doakan dia is.ti.qa.mah untuk terus berhijab,” katanya.

 

Sumber:

[1] Rujukan dan Gambar Utama: Rotikaya

[2] Gambar-gambar lain: Mstar Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *