Awal Ashaari Tampil Dengan Imej Kpop, Kini Digelar ‘BTS Melayu’

Baru-baru ini, set busana yang digayakan pengacara popular, Awal Ashaari pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH ke-34 (ABPBH 34), Sabtu lalu menarik perhatian ramai peminat terutama bagi mereka yang sukakan kumpulan kpop terkenal BTS.

Jelas kelihatan, Awal mengenakan sut Louis Vuitton Fall/Winter 2021 yang pernah digayakan anggota kumpulan itu, J-Hope.

Menurut Awal, set pakaian itu diimport khas dari Paris, Perancis daripada koleksi Louis Vuitton Fall/Winter 2021 untuk dipakai pada ABPBH 34.

“Saya pun tidak tahu yang baju ini dipakai oleh seorang anggota BTS, cuma saya dapat tahu apabila ada orang ‘forward’ di Twitter. Saya pun terkejut juga bila bukan saja baju sama, rambut pun sama juga. Sangat kebetulan.

“Apa yang pasti baju ini diterbangkan khas dari Paris iaitu koleksi Louis Vuitton Fall Winter 2021 untuk saya pakai pada ABPBH 34. Saya seronok sebab dapat ber.eks.pe.ri.men dan ter.ha.ru apabila peminat menghargai gaya itu. Okaylah, ini BTS Melayu,” ujarnya.

Rata-rata peminatnya di Tiktok menzahirkan rasa kagum dengan penampilan Awal pada malam itu.

“Ini I approved,” komen ringkas seorang pengguna TikTok.

“POV: Awal is secretly an Army and his bias is Hobi (J-Hope)” balas seorang lagi peminatnya.

Dalam pada itu, Awal turut menggayakan baju yang pernah dipakai seorang lagi anggota BTS iaitu Jungkook sewaktu mengacarakan sebuah program.

Sekadar info, koleksi Louis Vuitton Fall/Winter 2021 diperkenalkan kepada umum pada Julai lalu.

Sumber:

[1] Rujukan dan Gambar Utama: Harian Metro

[2] Gambar 1: Mydramalist

[3] Gambar 2 dan 3: Instagram Awal Ashaari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *