[Video] Mistεri Penemuan Ketulan Batu-Batu Yang Didakwa Mengandungi Emas Akhirnya Terungkai

Baru-baru ini, kita digεmparkan dengan sebilangan penduduk Kampung Bukit Lata yang mendakwa mereka menemui batu-batu seakan menyerupai emas.

Akhirnya persoalan berikut terjawab apabila  ia disahkan batu biasa oleh pengusaha kedai emas tempatan.

Dalam pada itu, penemuan batu yang disangka emas itu tular di Facebook Selasa lalu selepas dimuat naik beberapa individu, walau bagaimanapun, lokasi tersebut terpaksa di.tu.tup kerana dikerumuni oleh orang ramai yang berpusu-pusu mencari emas tersebut.

Antaranya penduduk setempat, Syed Ismail Syed Mamat, 55, mengakui dia antara individu yang turut sama mencari ’emas’ terbabit memandangkan lokasi kejadian terlalu dekat dengan kediamannya.

“Kawasan ini sebenarnya tapak pembinaan projek tebatan b.a.n.j.i.r yang sedang diusahakan oleh kerajaan. Malah batu itu ditemukan seorang pekerja yang menjalankan kerja di sana.

“Selepas khabar penemuan batu keemasan ini tersebar kepada penduduk kampung, ramai yang menyerbu ke lokasi sehingga ke lewat malam menyebabkan pihak pengurusan projek terpaksa me.nu.tup kawasan berkenaan.

“Bagaimanapun, seorang kenalan saya yang juga penduduk di sini, ada membawa ketulan objek itu ke kedai emas berdekatan yang mengesahkan ia bukanlah emas seperti yang disangkakan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Seterusnya, Syed Ismail yang juga pesara guru menjelaskan, sehingga kini terdapat beberapa rakannya yang menghubunginya untuk mendapatkan kesahihan dan dia terpaksa menceritakan kejadian sebenar untuk mengelakkan sa.lah faham.

Lebih mengejutkan terdapat ramai juga yang benar-benar percaya objek itu adalah emas, tetapi a.k.u.r ia hanyalah batu biasa selepas disahkan beberapa pengusaha emas.

Menurut salah seorang daripada,  Azlan Omar, 35, berkata, dia mula-mula sangat mempercayai khabar angin tersebut.

“Saya sendiri sudah mem.bu.ang semula beberapa batu yang saya temui ketika turut serta mencari ketulan ’emas’ berkenaan.

“Tidak mengapa, tiada rasa men.ye.sal atau m.a.l.u kerana ia suatu pengalaman yang tidak pernah dilalui sebelum ini, lagipun penemuannya memang seakan-akan emas.

“Selepas kisah penemuan ini tular di laman sosial memang ramai ‘orang luar’ yang dilihat datang ke kawasan ini namun ia s.i.a-s.i.a sahaja kerana lokasi terbabit sudah di.tu.tup awal oleh pihak pengurusan bagi men.ge.lak berlaku perkara tidak diingini,” katanya.

Sumber:

[1] Rujukan dan Gambar Utama: Harian Metro

[2] Gambar-Gambar Lain: Kosmo Online

[3] Video: Facebook Kosmo Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *