Terima Mesej Tawar Pekerjaan Sebagai ‘Anak Ikan’, Respons Ezad Lazim Bikin Netizen Dekah Habis

Baru-baru ini penyanyi terkenal era 90an, Ezad Lazim cemas selepas menerima satu mesej yang menawarkan pekerjaan sebagai ‘anak ikan’ atau g1g0l0.

Penyanyi kumpulan Exists itu sama sekali tidak menyangka dengan apa yang diterimanya itu sempat berkongsi kandungan mesej tersebut di Instagramnya.

“Zaman-zaman ekonomi terkesan ini masih ada peluang pekerjaan yang lumayan.

“Wow… siapa yang WhatsApp aku ni. Macam tahu-tahu sahaja tengah tak ada job (pekerjaan),” tulisnya dalam nada bergurau.

Dia walau bagaimanapun tidak mengenali siapa yang menghantar mesej itu kepadanya.

Dalam pada itu, pesanan mesej terbabit dihantar menerusi aplikasi WhatsApp itu antara lain menawarkan bayaran lumayan antara RM30,000 hingga RM40,000 dengan syarat perlu melayan kehendak seksual wanita umur pertengahan dan lanjut .

“Salam, helo. Adakah anda ingin melakukan hubungan dengan kami yang menghubungkan anda dengan mummy gula yang akan membayar anda RM30k hinggan RM40k setiap malam jika anda dapat memuaskan mereka secara s.e.k.s.u.a.l,” tulis individu dalam mesej itu.

Penghantaran Ezad ini mendapat pelbagai respons dari netizen yang menulis di bahagian komen.

Berikut adalah respons pengguna IG yang memberitahu turut menerima mesej yang sama menerusi WhatsApp.

“Hahaha, baru sahaja dapat tadi pagi. Saya report (laporkan) dan b.l.o.c.k (sekat) terus,” komen jayryker_

Semoga perkongsian ini dijadikan iktibar dan pengajaran untuk semua.

Sumber:

[1] Rujukan dan Gambar Utama: Utusan Online

[2] Gambar-Gambar Lain: Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *