Kahwin Awal Bakal Jαtμhkan Populαriti?, Sekali Ini Penjelasan Haqiem Rusli Buat Nεtizεn

Bermula sebagai rakan perniagaan, kini menjadi teman se.ka.til dan se.ban.tal. Kedengaran seperti kli.se tetapi bagi penyanyi Haqiem Rusli dan suri hatinya iaitu Wan Aina Sofea Wan Zamzuri, aturan tersebut terlalu indah buat mereka.

Begitulah sedikit gambaran mengenai kisah bagaimana cinta ber.ta.ut antara Haqiem dan isterinya yang lebih mesra disapa sebagai Sofea.

Tidak ke.ter.la.lu.an andai menggambarkan perasaan yang mengalir dalam jiwa seperti berada di awang-awangan tatkala mendengar setiap bait kata-kata tidak kiralah daripada Haqiem mahupun Sofea ketika menggambarkan keperibadian antara satu sama lain.

Manis. Pasangan suami isteri itu menyifatkan keperibadian antara satu sama lain sebagai individu yang sempurna.

Berulang kali perkataan tersebut terbit daripada bibir mereka. Barangkali, kesempurnaan itulah yang menjadi layar untuk mereka mengemudi bahtera rumah tangga yang dibina seawal usia muda.

Menyulam cinta sejak dua tahun lalu, Haqiem mengakui hatinya mula ber.ta.ut pada Sofea selepas bertemu buat kali pertama atas urusan bisnes.

“Kalau nak tahu, restoran Santhai Village di Setapak, Kuala Lumpur yang saya usahakan selama ini bersama dengan dialah (isteri). Awalnya dia memang nak tawarkan saya sebagai duta restoran makanan steamboat itu.

“Tapi saya fikir, kenapa tidak jadi rakan kongsi juga. Akhirnya persetujuan dicapai. Bermula sebagai rakan bisnes tetapi kini berkongsi kehidupan sebagai suami isteri pula,” tuturnya.

Lebih romantis, pemilik nama penuh Ridzuan Haqiem Rusli itu turut men.za.hir.kan rasa cinta menerusi sebuah lagu baharu berjudul Hi.tam Saksi Putih istimewa buat isteri tersayang.

“Saya a.ba.di.kan kisah kami dalam single baharu ini. Hitam itu jadi simbolik ke.ge.la.pan dan kehadirannya pula sebagai warna putih membawa unsur positif serta menjernihkan semua sisi g.e.l.a.p kehidupan saya.

“Mungkin lagu tersebut tidak cukup untuk menggambarkan rasa cinta terhadapnya, namun hati saya tetap berkata, dia wanita sempurna yang Tuhan hadiahkan untuk saya,” katanya yang mula dikenali menerusi lagu Ter.gan.tung Se.pi sekitar 2017.

Ditanya tentang perancangan memiliki cahaya mata, Haqiem mengakui masih terlalu awal untuk mereka berbicara mengenai zu.ri.at ketika ini.

“Mengenai zu.ri.at, kami tak terfikir jauh lagi. Sebaik-baiknya akan duduk berbincang mengenainya bersama.

“Usia kami masih muda dan baru sangat mendirikan rumah tangga. Kalau boleh, kami nak ‘berse.ro.nok’ dulu tetapi jika rezeki datang awal, siapa kami untuk menolaknya,” ujar penyanyi berusia 24 tahun itu.

Ditanya sama ada dia bersedia dengan sebarang kemungkinan apabila memilih untuk berkahwin ketika sedang berada di puncak kerjaya, Haqiem menegaskan dia enggan mengambil pusing hal tersebut kerana percaya perjalanan hidup seseorang telah ditentukan oleh-Nya.

“Bagi saya, itu bukan satu isu yang perlu di.ru.mit.kan sebab saya sentiasa percaya bahawa rezeki diberikan oleh Allah SWT.

“Siapa saya hendak menolak takdir hanya semata-mata ta.kut po.pu.la.ri.ti ja.tuh. Kalau boleh saya tak mahu ambil pusing apa yang orang fikir atau cakap.

“Saya hanya ikut apa yang Tuhan sudah takdirkan. Sudah tertulis takdir kami berkahwin pada 19 November dan saya sama seperti manusia lain yang punya naluri berkahwin serta inginkan pasangan hidup,” ujarnya yang mula dikenali menerusi program Idola Kecil pada 2011.

Berkahwin dengan penyanyi yang memiliki ramai peminat terutama dalam kalangan wanita, Sofea mengakui dia tidak boleh lari daripada di.hu.rung perasaan cem.bu.ru.

Cuma akuinya, dia perlu meng.ha.kis rasa sebegitu dan bersikap terbuka.

“Saya belajar tolak tepi sifat tersebut sebab sekarang saya sudah menjadi tulang belakang dia. Jika saya cem.bu.ru, perkara tersebut akan beri impak pada kerjayanya nanti,” tutur anak kelahiran Kelantan itu.

Memilih mendirikan rumah tangga pada usia seawal 19 tahun turut menjadi bahan per.de.ba.tan ne.ti.zen.

Bukan satu hal yang besar, Sofea bagaimanapun melihat isu tersebut tidak sepatutnya diperdebatkan oleh umum.

“Usia muda atau tua, bukan isu besar pun sebab keputusan saya ini satu perkara yang dituntut oleh agama iaitu meng.ha.lal.kan hubungan.

“Kalau boleh saya mohon semua pihak dapat mendoakan rumah tangga kami kekal sampai ke syur.ga,” katanya yang mengakui Haqiem seorang lelaki penyayang dan baik budi pekerti.

Sumber:

[1] Rujukan dan Gambar Utama: Kosmo Online

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *