June 28, 2022

‘I-Sayang’ Bakal Dilancarkan Oleh KWSP, Demi Kesejahteraan Rakyat Mulai Tahun Depan 2022

Baru-baru ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bakal melancarkan satu kemudahan iaitu  i-Sayang pada awal tahun 2022. Hal ini adalah demi meningkatkan kualiti dan kesejahteraan rakyat.

Dalam pada itu, Pengerusi Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir menyatakan bahawa kemudahan itu akan memudahkan pemindahan sukarela 2.0 peratus caruman KWSP daripada akaun suami ke akaun isteri.

Tambahan pula, kemudahan dana persaraan yang akan dilancarkan ialah i-Lindung, yang membolehkan pengeluaran daripada Akaun 2 untuk membeli in.su.rans ha.yat dan pen.ya.kit kri.ti.kal melalui medium KWSP.

“Inisiatif lain yang kami tinjau termasuk pendekatan berperingkat ke arah mewajibkan perlindungan KWSP yang sah kepada pekerja sektor tidak formal bukan pertanian.

“Kami juga akan menyokong skim caruman lebihan sukarela yang mana ahli-ahli boleh me.mak.sa majikan untuk meningkatkan caruman KWSP mereka kepada lebih daripada 11 peratus kadar berkanun,” katanya ketika berucap di majlis perasmian Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa (ISWC) 2021 yang diadakan secara maya dan fizikal hari ini.

Seterusnya, Persidangan yang berjalan  selama dua hari itu dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

 Ahmad Badri menambahkan bahawa ISWC tahun ini memfokuskan untuk mengutarakan pelbagai aspek isu ketaksamaan global.

“Bersama-sama, kami percaya bahawa rangka kerja perlindungan sosial yang lebih baik boleh membantu kami dalam me.mi.ni.mum.kan, jika tidak mem.bas.mi, kesan ne.ga.tif.nya kepada manusia,” kata beliau.

Dalam ucapan, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menjelaskan antara hal yang mem.bim.bang.kan akibat daripada pan.de.mik ini ialah peningkatan isu ke.tak.sa.ma.an.

“Isu ke.tak.sa.ma.an ini telah wujud awal sebelum berlakunya pan.de.mik. Walaupun banyak negara telah cuba mengurangkan im.pak COVID-19 dengan menggerakkan pelbagai sumber secara intensif dan berjangka pendek, usaha-usaha ini hanyalah untuk sementara waktu dan tidak memberikan penyelesaian jangka panjang yang berupaya memelihara ha.yat dan kehidupan masyarakat.

“Oleh itu, ISWC tahun ini telah dinaik taraf, menyaksikan para penganjur yang merupakan kuasa-kuasa berpengaruh dalam negara, telah berkumpul bersama-sama barisan penceramah yang ternama bagi menyelami isu-isu berkaitan ke.tak.sa.ma.an, termasuk dari aspek ekonomi, penjagaan ke.si.ha.tan, dan pendidikan,” tambah Amir Hamzah.

ISWC 2021 ini dianjurkan secara bersama oleh KWSP, Kementerian Kewangan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan Persatuan Keselamatan Sosial Antarabangsa (ISSA).

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dijadual menutup persidangan ini esok.

Sumber:

[1] Rujukan dan Gambar Utama: Siakap Keli

[2] Gambar 1: Berita Harian

[3] Gambar 2: Berita Harian

[4] Gambar 3: Selangor Journal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *