Dαkwα Harga Mαhαl Tapi ‘Portion’ Sikit, KPDNHEP Minta Pembeli Kailan Ikan Masin RM18 Munculkan Diri

Masih lagi ha.ngat dengan isu harga ma.hal kailan ikan masin, kali ni Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang telah memanggil pelanggan sebuah restoran di Kepala Batas hadir untuk membuat aduan secara rasmi berkaitan perkongsiannya  di media sosial berkaitan masakan kailan ikan masin pada harga RM18.

Menurut jurucakapnya, KPDNHEP menjelaskan mereka memerlukan kerjasama pelanggan itu supaya tin.da.kan su.su.lan dapat dilaksanakan kepada restoran terbabit.

“Kita sudah ambil maklum dengan hantaran tu.lar ini dan kini kita sedang menjalankan sia.sa.tan untuk mendapatkan nama pre.mis itu,”jelasnya.

Dalam pada itu, melalui satu hantaran di Facebook, pelanggan tersebut memuatnaik resit menunjukkan harga keseluruhan makanan yang dimakannya sebelum ianya menjadi semakin pa.nas.

Menerusi hantaran itu, individu tersebut ternyata ter.ke.jut dengan harga sebungkus kailan ikan masin dijual pada harga RM18.

Tambahan pula, dia sedia maklum dengan  harga barang men.tah yang sudah naik dan tidak kisah dengan harga ikan jenahak, sayur campur, ulam dan sambal yang dimakan olehnya.

Tetapi, apa yang membuat dirinya tidak ber.puas hati adalah ke.nai.kan sebungkus kailan ikan masin untuk seorang makan pada harga RM18 yang jelas kelihatan agak ma.hal.

Harga keseluruhan makanan yang dibeli lelaki terbabit adalah berjumlah RM122

Tetapi, dia mengambil keputusan untuk tidak men.de.dah.kan nama restoran itu.

Didalam bil terbabit, menunjukkan harga lauk jenahak RM90, kailan ikan masin (RM18), sayur campur (RM9) serta ulam dan sambal (RM5).

Sumber:

[1] Rujukan dan Gambar Utama: Harian Metro

[2] Gambar-Gambar Lain: Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *