Nyanyi Sumbαng, Datuk Fazley Yaakob Tampil Jelaskan Puncanya

Sejak semalam han.gat diperkatakan mengenai persembahan penyanyi Datuk Fazley Yaakob pada minggu pertama Gegar Vaganza musim kelapan (GV8).

Rata-rata netizen mengatakan vokalnya lebih se.dih daripada lagu dan seperti menyanyi di pusat karaoke. Tidak kurang juga, ada yang mengatakan lebih baik jika Fazley menjadi cef sahaja.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Fazley memohon ma.af jika persembahannya malam tadi ku.rang memuaskan kerana dia terlalu gemen.tar apatah lagi sudah 10 tahun tidak menyanyi di pentas besar

“Memang gementar habis. Sekian lama tak menyanyi atas pentas besar. Hanya menyanyi sambil memasak di dapur. Sekian lama tidak menyanyi atas pentas besar, hanya menyanyi sambil memasak di dapur.

“Maafkan saya buat mereka yang ham.pa, terima kasih buat mereka yang memahami. Syukur buat mereka yang masih sudi memberikan semangat,” tulisnya.

Kata Fazley lagi, dia tidak dapat men.gawal perasaannya dan sedikit emo.si kerana terkenangkan anak-anak. Ujarnya, dia akan berusaha untuk membuat lebih baik di minggu hadapan.

“Saya terlalu gemen.tar dan sedikit emo.si terkenangkan anak-anak. Insya-Allah, minggu hadapan akan lebih baik,” katanya.

Semalam, Fazley yang menyanyikan lagu Asmara Ini mendapat kutipan markah paling rendah iaitu sebanyak 53.6 peratus.

Sumber:

[1] Rujukan dan gambar 1, Rotikaya

[2] Gambar utama, Media Hiburan

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *