Tak Kisah Pasal Rupa, Ini Ruhainies Mahukan Dari Bakal Suaminya

Soalan tentang hubungan cinta dan jodoh sering menjadi pertanyaan peminat untuk pelakon cantik manis, Ruhainies memandangkan kakaknya Risteena Munim sudah pun bergelar isteri orang.

Ditambah pula dengan sikapnya yang agak ber.ha.ti-ha.ti dengan perkongsian peribadi dan sudah lama ti.dak memuat naik sebarang hantaran berkaitan kekasih hati.

Semalam, Ruhainies menerima pertanyaan daripada salah seorang peminatnya yang berminat ingin mengetahui cita rasa pelakon itu dalam memilih pasangan.

“Kakak suka lelaki Melayu macam Hindustan atau Korea, tolong jawab kakak,” tanya seorang peminatnya dalam ruangan Soal & Jawab dalam Instagram.

Jawab pelakon drama Wifi Sebelah Rumah itu, dia sebenarnya tidak kisah dengan rupa paras seseorang kerana berasakan dirinya tidaklah secantik mana.

“Saya tak kisah sangat fasal rupa. Saya pun bukannya elok mana. Asalkan boleh menjaga saya dan seorang yang bertanggungjawab. Paling penting, dia boleh pimpin saya ke syurga,” jawabnya ringkas.

Sebelum ini, umum mengetahui bahawa pelakon itu kerap berkongsi gambar bersama hatinya yang digelar sebagai Mr. E dalam media sosial.

Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini, dia dilihat sudah jarang berkongsi mengenai kisah cintanya kepada umum memandangkan kekasihnya itu menetap di London.

Sumber:

[1] Rujukan, Kosmo

[2] Gambar 1, Hajar Shikin

[3] Gambar 2, Rotikaya

[4] Gambar utama, My News Hub dan Ruhainies FC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *