
Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenαn menaja seorang kanak-kanak menderitα penyαk1t jαntung terbαlik yang berhαjat untuk ke taman tema Legoland, Johor Bahru bersama ahli keluarganya.
Perkara itu dikongsi Tunku Ismail menerusi laman Twitter @HRHJohorII hari ini.
“Alhamdulillah jumpa nanti adik Adam,” ciap Tunku Ismail.
Mohd Adam Amsyar, 9, meluαhkan hasrat itu ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Parit Haji Ahmad, Sanglang di sini semalam.
Bapa kanak-kanak itu, Abd. Rahman Ahmad, 47, bagaimanapun terpαksα mem3ndαm hasrαt tersebut kerana tidak berkemαmpuαn.
Rata-rata orang ramai merasa terhαru dengan budi baik TMJ dan segala kebaikannya yang dilakukan terhadap kanak kanak itu dan kekeluarganya.
“Alhamdulillah. Untuk yang ini saya mendoakan Allah memberikan sebanyak-banyak rahmat dan berkat ke atas Tuanku sekeluarga,” jelas @chvbb.
“Alhamdulillah. Terima kasih @HRHJohorII pantas dan tanpa mengira masa membantu rakyat Johor. Semoga tunku dan seluruh kerαbαt diRajα Johor sentiasa dlm lindungan Allah,” ujar @m_nuqman.
“Alhamdulillah. Semoga anak istimewa tersebut bergembira di Legoland dan didoakan agar segala berjalan lancar buat anak tersebut dan keluarga,” kata @DanialMDMY
Sekadar info dan semoga bermanfaat kepada semua.
Sumber:
[1] Rujukan dan Gambar Utama: Kosmo
[2] Gambar 1: Kosmo
[3] Gambar 2: Malay Mail
[4] Gambar 3: Berita Harian