“Allahuakbar kelu lidah pabila bertemu dengan idola kesayangan semua..” Tindakan Tokti Kepada Anak Wanita Ini Dapat Pujian Ramai

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza baru-baru ini telah berkongsi vlog terbaharunya di laman Youtube yang menunjukkan diri beliau dan anak sulungnya, Siti Aafiyah di sebuah pusat menjual mainan kanak-kanak.

Melalui video yang berdurasi 4 minit itu, jelas kelihatan celoteh comel dan menghiburkan Aafiyah yang beriya memilih hadiah buat adik kesayangannya, Muhammad Afwa yang kini baru berusia enam bulan.

Datuk Seri Siti Nurhaliza atau dikenali sebagai Tokti berasa bersyukur kerana dikurniakan peminat yang sering memberikannya hadiah, di samping bersyukur kepada Tuhan terhadap rezeki yang lebih untuk memberi sedikit kebahagiaan buat anak-anaknya yang masih kecil.

“Walaupun zaman kanak-kanak saya jarang sangat ada atau dapat mainan, tapi saya tetap enjoy dengan cara kami dulu-dulu. Alhamdulillah sewaktu saya dah jadi artis, saya ter.ha.ru sangat sebab mendapat banyak sangat hadiah-hadiah. Kalau anak patung atau teddy bear tu terlalu banyak.

“Kemana-mana saya pergi, saya dapat banyak hadiah. Itulah tanda sayang peminat kepada saya. Saya ucapkan terima kasih kepada semua peminat saya.

“Selepas saya mendapat Aafiyah dan Afwa, mereka memberikan hadiah terlalu banyak sampaikan satu bilik tu penuh je dengan hadiah-hadiah,”

“Itulah kenangan paling indah bagi saya bersama peminat saya yang sangat murah hati. Dan apabila saya ada sedikit kemampuan, apa yang anak saya inginkan, saya cuba tunaikan,”

“Apa yang penting adalah kegembiraan dan kasih sayang.. kita semua diberikan rezeki yang berbeza-beza, tetapi tidak bermaksud kita tidak boleh membahagiakan orang lain,” jelas Tokti.

Walau bagaimanapun, terdapat satu perkara yang men.cu.ri tumpuan penonton.Di penghujung video,sejurus tamat membuat pembayaran, Siti menegur seorang kanak-kanak yang kebetulan turut berada di kaunter.

Kedengaran Siti berkata: “Meh Mak Iti belanja,” sapanya mesra.

Lantas Tokti membayarkan permainan yang dipilih oleh kanak-kanak tersebut sambil berkata yang beliau mendoakan agar peminat sentiasa gembira dengan apa saja kehidupan dan situasi yang mereka dilalui.

Menjengah di ruangan komen, Masliani Haji Abdul iaitu ibu kepada kanak-kanak tersebut merakamkan ucapan terima kasih kepada Tokti kerana sanggup membayarkan mainan anaknya itu.

“Allahuakbar k.e.l.u lidah pabila bertemu dengan idola kesayangan semua. Terima kasih Dato Ct belanja anak saya, Maisha Nuwairah masa ni. Maisha puji, ‘She’s so generous la ibu’.

Di bahagian komen pula, rata-rata memberikan respons yang sangat baik kepada Tokti dan memuji tindakan penyanyi nombor satu negara itu.

“I love you Tokti. Panjang umur wahai orang baik,” kongsi seorang lagi peminat.

“Ada banyak yang saya pelajari dari sikap Tokti. Bagaimana beliau, alhamdulillah, selalu dimudahkan rezekinya.

Hormat sangat sikap TokTi yang tidak menunjuk, tidak r.i.a.k, sentiasa syukur. Semoga TokTi panjang umur dan bahagia dengan anak-anak. Salam hormat dan ceria selalu buat TokTi,” tulis seorang peminat.

Sumber:

[1] Rujukan dan Gambar Utama: Gempak.com

[2] Gambar-Gambar Lain: Berita Kopak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *