Zahirah Macwilson Nekαd Nak Cari Maid Baru, Bεrat Badαn Turμn Mendαdak Garα-Garα Tεrμk Jaga Anak 

Selepas hampir setahun berehat daripada belakon kerana menumpukan perha.tian pada anak, pelakon Zahirah MacWilson berkata sudah tiba masanya untuk dia kembali bekerja.

Menurut Zahirah lagi, dia kini dalam perancangan untuk mencari pembantu rumah yang akan membantu menjaga anak lelakinya, Isaac Raees.

“Isaac sekarang dah nak masuk 11 bulan dan sudah mula nak berjalan-jalan, bercakap serta berinteraksi dengan orang. Saya nak je berlakon semula, cuma tak ada orang nak jaga Isaac.

“Sekarang ni saya menjaga Isaac dengan nenek di rumah. Saya juga sedang mencari pembantu rumah, sebab tak dapat nak buat semua benda.

“Kalau dah jumpa nanti, mungkin saya akan cuba bawa Isaac bersama sebab tak mahu la bergan.tung 100 peratus dengan pembantu rumah. InshaAllah bila sempadan negara dibuka semula, saya nak bawa ibu ke Malaysia untuk menja.ga Isaac sekejap,” katanya.

Dilihat semakin lang.sing seperti sebelum berkahwin, Zahirah berkata dia tidak menga.malkan diet sebaliknya berat ba.dannya su.sut kerana si.buk menguruskan anak.

“Ramai yang ingat saya bersenam, tetapi sebenarnya tidak. Saya tak a.malkan diet mahupun sebarang senaman. Saya makan je semua benda, yang manis-manis pula tu. Rasanya kena jaga lepas ni ta.kut kena ken.cing manis pula.

“Saya rasa jaga anak memang buat kita cepat turun berat badan sebab kadang-kadang sampai tak sem.pat nak makan,” katanya.

Sumber:

[1] Rujukan, Roti Kaya

[2] Gambar Utama, Zahirah MacWilson (Instagram)

[3] Gambar 1, Pinterest

[4] Gambar 2, EncikShino.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *