
Kehadiran cucu sulung, Bunga ElHaq dalam keluarga kecil Sheila Rusly dan suami, Jinggo yang merupakan pengarah terkenal menyerikan lagi hidup mereka.
Bunga juga merupakan anak kepada pelakon wanita Elisya Sandha dan pengarah muda, Uzair Haqimy ditatang dengan kasih sayang oleh Sheila dan keluarga.
Menurut penerbit drama itu, kehadiran Bunga merupakan yang dinanti-nanti olehnya kerana sebelum ini dia hanya memiliki anak lelaki.
View this post on Instagram
Sheila juga sentiasa berkongsi aktiviti seharian bersama cucu kesayangan setiap kali berkelapangan membuatkan para peminat tidak jemu melihat kecomelan Bunga.
Kini usia Bunga mencecah ke lima bulan dan semakin pandai tersenyum apabila diagah oleh orang dewasa.
Terbaru, Sheila berkongsi video berkenaan Bunga, namun kapsyennya menarik perhatian ramai.
Mana tidaknya, wajah Bunga kini lebih kelihatan seperti Sheila atau dipanggil Nanna oleh keluarganya membuatkan dia gembira.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berpendapat yang sama selain memuji kecomelan wajah anak pasangan Elisya dan Uzair.
muka nanna sgt niii
Super duper cute la Bunga sayang
memang copy paste nanna
Sekadar info dan semoga bermanfaat.
[1] Gambar, sheilarusly_jspictures, bungaelhaq, Iluminasi
[2] Video, sheilarusly_jspictures