(Video) “Dengan Siti tak boleh bergαduh…” Roslan Aziz Dedαh Keperibadian Sebenar Tokti

Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza sememangnya terkenal dengan kelunakan suara serta bakat dalam bidang nyanyian.

Bukan itu saja yang membuatkan Datuk Siti kekal dalam bidang industri selama lebih 20 tahun, ini kerana sikap rendah diri serta peramahnya.

Hal ini diakui sendiri oleh penerbit album, komposer dan jurutera muzik terkenal, Roslan Aziz menerusi program Kerusi Dj Naz terbitan Molek FM.

Menurutnya dia sudah lama mengenali sosok seorang Siti Nurhaliza dan mengagumi sikap yang dimiliki oleh penyanyi tersebut.

“Siti Nurhaliza ini dia seorang penyanyi yang mempunyai kehebatan luar biasa. Saya pernah bekerja dan bergαduh dengan dia.

“Tapi sebenarnya dengan Siti ni tak boleh nak bergαduh pun sebab dia sangat baik. Dia hormat orang. Itulah main faktor seorang Siti Nurhaliza.

Dalam pada itu, dia menαfikan sikap yang ditunjukkan oleh Datuk Siti adalah dibuat-buat, malah mendedαhkan ibu bapa Siti juga sepertinya.

“Itu bukan PR. Memang sifat semula jadi dia sebegitu. Saya dah pernah berjumpa dengan mak dan ayah dia. Mereka juga hormat orang lain. Paling utama dia hormat diri sendiri.

“Kalau sifat tersebut dibuat-buat? Sampai bila boleh bertah4n? Kalau dibuat-buat, sekejap je orang boleh tahu. Kalau sifat itu datang dari dalam, akan berkekalan selamanya.

“Bila hormati orang lain, barulah sifat-sifat baik yang lain akan turut terserlah,” tambahnya lagi.

Sekadar info dan semoga bermanfaat.

Sumber:

[1] Rujukan, mediahiburan

[2] Gambar, ctdk, astroawani

[3] Video, @molekfm

Leave a Reply

Your email address will not be published.